Perkhidmatan internet berasaskan satelit yang dikendalikan oleh Space X kini menjadi pilihan alternatif buat warga tempatan dalam mendapatkan capaian internet di kawasan luar bandar atau tiada capaian rangkaian fiber.

Selaras dengan peredaran semasa, Datuk Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri kini turut berkongsi sebab memilih Starlink berbanding syarikat perkhidmatan internet sedia ada dalam mendapatkan rangkaian internet yang stabil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan Dr Zulkifli memutuskan untuk mendapatkan Starlink kerana capaian internet di kawasan pejabat beliau agak tidak stabil kerana berhampiran hutan dan juga ketiadaan penawaran perkhidmatan fiber di situ.

Malah, pihaknya sudah memohon kepada syarikat penyedia internet di Malaysia dalam mencari solusi rangkaian internet di sekitar itu namun tiada jawapan yang memuaskan.

Ditambah pula dengan rangkaian 5G dan 4G sedia ada yang masih di peringkat kurang baik sekaligus menyebabkan banyak urusan penyelidikan tergendala.

Susulan itu, beliau menegaskan bahawa  Starlink adalah pilihan terbaik kerana tiada alternatif lain dalam melancarkan urusan seharian di pejabat dan juga untuk tujuan penyelidikan terutamanya.

Dengan ratusan soalan agama yang diperoleh setiap hari, kunjungan lebih 3.3 juta di web maktabahalbakri.comdalam tempoh 2 tahun, serta hampir 50,000 pengguna aplikasi Al-Inarah di Play Store dan App Store dalam tempoh kurang 2 bulan, saya fikir Starlink adalah pilihan terbaik buat masa ini,” ujarnya dalam satu hantaran pada Rabu.

Untuk makluman, internet berasaskan satelit yang ditawarkan oleh Starlink mampu memberikan internet berkelajuan tinggi dengan kadar 100Mbps dan ke atas serta memiliki liputan yang lebih meluas berbanding rangkaian yang biasa.

Tidak hanya mahu menyantuni para jemaah semata-mata, beliau turut memaklumkan pelbagai projek ummah bakal menanti masyarakat muslim pada tahun ini.

Beliau juga turut berterima kasih kepada orang ramai kerana terus menyokong mereka dalam menuju ke arah antara badan penyelidikan bebas hukum syarak ternama di dunia.

Menariknya, hantaran tersebut telah menarik perhatian ramai yang mana turut bersetuju dengan pemilihan yang dibuat kerana liputan rangkaian internet di Malaysia masih terhad lebih-lebih lagi di kawasan berhutan.