Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi mengakui mendapat tawaran daripada skuad kebangsaan China, India dan Thailand selepas beliau meninggalkan kem Indonesia.

Beliau yang bakal memulakan tugasannya hari ini sebaliknya lebih tertarik untuk membimbing sektor beregu lelaki skuad badminton Malaysia.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Khidmat serta kepakaran Herry Iman ditagih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas jodohnya bersama Indonesia selama 30 tahun berakhir.

Herry Iman BAM
Kredit Foto: Instagram Herry IP

Alasan Herry Iman Pilih Malaysia

Menurut sumber Harian Metro, sebab utama pengendali berusia 62 tahun itu memilih Malaysia berbanding tiga negara tersebut kerana faktor lokasi lebih hampir dengan Indonesia.

Faktor budaya serta makanan yang tidak terlalu berbeza antara Malaysia dan Indonesia juga memainkan peranan penting buat Herry Iman dalam membuat keputusan penting itu.

Selain itu, beliau juga melihat Malaysia mempunyai ramai pemain yang berkualiti dan mampu bersaing hebat di pentas antarabangsa.

Ia jelas dibuktikan dengan kemampuan pemain dalam jagaan BAM iaitu Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menjuarai Indonesia Masters tempoh hari.

Kehadiran Herry Iman Pierngadi adalah bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan ketua jurulatih sebelum ini, Tan Bin Sheng yang memilih untuk bersama skuad kebangsaan Hong Kong.

Herry Iman
Herry ketika membimbing beregu campuran Indonesia. Kredit Foto: Facebook Herry Iman Pierngadi

Turut dikenali dengan panggilan ‘Naga Api’, beliau akan kembali membimbing kem beregu lelaki selepas setahun dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sektor beregu campuran skuad kebangsaan Indonesia.

Dengan pengalaman luas dimiliki, Herry Iman diharapkan dapat terus meningkatkan lagi kemampuan barisan pemain beregu lelaki yang berada di Akedemi Badminton Malaysia dimana tiga daripadanya berada di kelompok 20 pasangan terbaik dunia.

Mereka yang dimaksudkan ialah Aaron Chia-Soh Wooi Yik di kedudukan kelima, Wei Choong-Kai Wun (ke-12) dan pasangan Wan Muhammad Arif Junaidi-Yap Roy King di tangga ke-17.