Kem negara cemerlang pada aksi suku akhir Terbuka Malaysia 2025 selepas tiga daripada empat wakil berjaya melangkah ke separuh akhir.

Seperti dilaporkan sebelum ini, dua gandingan beregu campuran iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta Man Wei Chong-Tee Kai Wun beraksi cemerlang untuk meneruskan kemaraan mereka.

Baca Juga:

Hanya Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terpaksa akur dengan kehebatan jaguh India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam aksi ‘straight set’ 24-26, 15-21.

Tiga wakil bakal beraksi petang esok nyata telah memperbaiki pencapaian kem negara dimana pada edisi lalu.

Hal ini kerana pencapaian terbaik wakil Malaysia pada ketika itu adalah hanya mara ke suku akhir menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Manakala kali terakhir Malaysia muncul juara dalam kejohanan Terbuka Malaysia ialah pada 2018 dimana Datuk Lee Chong Wei menundukkan Kento Momota di perlawanan akhir.

Berikut merupakan jadual perlawanan separuh akhir melibatkan pemain Malaysia, esok:

1) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie lawan  Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran (Thailand) – 3.20 Petang

2) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei lawan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping (China) – 5.50 Petang

3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun lawan Chen Bo Yang-Liu Yi (China) – 6.40 Petang

[Kesemua perlawanan berlangsung di gelanggang 1]

Kejohanan Terbuka Malaysia 2025 merupakan pertandingan sulung pada tahun ini dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) yang mana menawarkan mata ranking tinggi dan hadiah wang tunai lumayan.