Pemburuan pingat emas pertama Malaysia kini telah bermula selepas upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung secara gilang-gemilang di Sungai Saine.

Temasya yang akan berakhir pada 11 Ogos 2024 itu merupakan Sukan Olimpik edisi ke-30. Ini juga penyertaan ke 15 bagi kontinjen Malaysia sejak 1964.

Baca Juga:

26 atlet Malaysia bakal beraksi dalam 10 jenis sukan seperti terjun, renang, sukan pelayaran, menembak, berbasikal, angkat berat, badminton, golf, dan olahraga.

Jadual aksi atlet negara di Sukan Olimpik Paris 2024 (waktu Malaysia):

Nota: sebarang perubahan jadual akan dikemaskini dari semasa ke semasa bergantung pada kemaraan atlet ke pusingan seterusnya.

Tarikh: 29 Julai 2024 (Isnin)

Sukan: Badminton (bermula 2.30 petang)

  1. Beregu campuran – Chen Tan Jie & Toh Ee Wei (Malaysia) vs Feng Yan & Huang Dong (China)
  2. Perseorangan wanita – Goh Jin Wei (Malaysia) vs Johanita Scholtz (Afrika Selatan)
  3. Beregu lelaki – Aaron China & Wooi Yik (Malaysia) vs Liang Wei & Wang Chang (China)
Tarikh: 30 Julai 2024 (Selasa)

Sukan: Badminton (bermula 1.30 petang)

  1. Beregu wanita – Pearly Tan & Thinaah (Malaysia) vs Rahayu Apriani & Siti Fadia Ramadhanti

Sukan: Memanah (6.30 petang)

  1. Individu wanita – Syaqiera Mashayikh (Malaysia) vs Alexandra Mirca (Moldova)
Tarikh: 31 Julai 2024 (Rabu)

Sukan: Badminton (bermula 2.30 petang)

  1. Perseorangan wanita – Goh Jin Wei (Malaysia) vs Kim Ga Eun (Korea Selatan)
  2. Perseorangan lelaki – Lee Zii Jia (Malaysia) vs Pablo Abian (Sepanyol)

Sukan: Memanah (7.40 malam)

  1. Individu wanita – Ariana Nur Dania (Malaysia) vs Chiara Rebagliati (Itali)
Tarikh: 1 Ogos 2024 (Khamis)

Sukan: Memanah (1.30 petang)

  1. Individu wanita – Nurul Azreena (Malaysia) vs Elif Berra Gokkir (Turkiye)
Tarikh: 7 Ogos 2024 (Rabu)

Sukan: Terjun (9.00 malam)

  1. Wanita 3 meter papan anjal – Nur Dhabitah Sabri (Malaysia)
Tarikh: 9 Ogos 2024 (Jumaat)

Sukan: Terjun (4.00 petang)

  1. Lelaki 10 meter platform – Bertrand Rhodict (Malaysia)

Info siaran langsung semua aksi atlet negara dalam Sukan Olimpik 2024 boleh rujuk di sini.