Setiap syarikat yang memiliki produk semestinya mahu mendapatkan sijil Halal daripada pihak JAKIM kerana mahu menjual produk mereka di pasaran.

Kita sering menganggap sijil Halal ini sedia dimiliki oleh para penjual bumiputera, tetapi realitinya tidak sama sekali selepas pendedahan oleh JAKIM baru-baru ini.

Baca Juga:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mendedahkan hampir 72 peratus atau 165,026 daripada keseluruhan 229,204 produk yang mempunyai sijil Halal di negara ini dimiliki oleh syarikat bukan Islam dan hanya 37,466 produk bumiputera.

Angka yang direkodkan itu adalah untuk tempoh dari tahun 2021 hingga 10 April 2023. Hal ini sekaligus memperlihatkan syarikat bukan Islam lebih cenderung untuk mendapatkan sijil Halal berbanding syarikat bumiputera sendiri.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Mohamad Zamri Mohamed Shapik berkata, pada tahun ini sahaja sehingga 10 April lalu terdapat 21,448 produk milikan bukan bumiputera yang mempunyai status Halal JAKIM berbanding 8,341 produk bumiputera.

Berdasarkan angka terkini pemegang pensijilan Halal dikeluarkan JAKIM, Mohamad Zamri menjelaskan hanya 41 peratus usahawan bumiputera Islam yang berminat mendapatkan sijil penting berkenaan.

Diharapkan para pemilik produk bumiputera mengambil cakna tentang sijil Halal dalam memastikan produk yang disediakan Halal dan menepati sisi syarak.

Sumber