Bintang Bayern Munich, Jamal Musiala terpaksa berehat selama lima bulan selepas mengalami kecederaan patah tulang fibula.
Musiala mengalami kecederaan itu ketika aksi suku akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2025 menentang Paris Saint-Germain (PSG).
Baca Juga:
- JDT Sasar Layak Ke Piala Dunia Kelab Dan Terus Harumkan Nama Malaysia

- Guardiola Setuju Dengan Klopp Bahawa Format Piala Dunia Kelab 2025 Teruk

- Presiden La Liga Mahu Piala Dunia Kelab Dihapuskan

Menurut laporan BILD, Musiala mengalami kecederaan patah fibula kirinya dan mengalami kerosakan ligamen.

Jamal Musiala Berehat Panjang
Akibat dari kecederaan yang dialami, pemain itu dijangka akan berehat selama empat hingga lima bulan.
Selepas perlawanan, Manuel Neuer mengkritik tindakan Giandluigi Donnarumma sehingga menyebabkan pemain muda itu mengalami kecederaan serius.

“Situasi di mana anda tidak perlu masuk seperti itu! Ia melulu,” kata Neuer.
“Dia menerima risiko mencederakan lawannya. Saya menghampirinya dan berkata, ‘Tidakkah anda mahu pergi ke pemain kami?’
“Sebagai penghormatan, anda harus pergi ke sana dan mendoakan yang terbaik untuk pemain itu.
“Kemudian dia benar-benar melakukannya. Keadilan sentiasa penting. Saya akan bertindak balas dengan cara yang berbeza.”