Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini memperkenalkan kit jersi ketiga yang cukup menarik untuk dipakai oleh pemain pada musim 2024-2025.

Menerusi rakaman video yang dikeluarkan di laman sosial kelab tersebut, jersi ketiga berkenaan diperagakan oleh penyerang naturalisasi negara, Romel Morales, Arif Aiman Hanafi, Nazmi Faiz Mansor dan tonggak baru, Jalil Elias.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Jersi ketiga JDT yang dihasilkan oleh jenama terkemuka dunia iaitu Nike itu menampilkan kelainan dengan menggunakan warna hijau sebagai warna utama.

Logo Socios.com, iaitu sebuah platform aplikasi yang menjadi penghubung dan memberi peluang ganjaran kepada penyokong kelab itu turut dipaparkan pada bahagian depan jersi tersebut.

Peminat setia JDT kini boleh mendapatkan jersi itu di kedai cenderahati rasmi kelab, JDT Direct Megastore di Stadium Sultan Ibrahim dengan harga RM189.

Jersi ini dijangka akan dipakai pada perlawanan pra musim kelab itu di Sepanyol bermula 14 hingga 30 April nanti.

Sepanyol menjadi lokasi terbaharu buat juara Liga Super 10 musim berturut-turut itu sebagai persiapan menghadapi musim 2024/25  dimana sebelum ini kelab tersebut memilih untuk ke Dubai (Emiriah Arab Bersatu) sejak 2020.

Selain dalam misi untuk menjulang kesemua piala domestik, JDT turut fokus dalam usaha untuk muncul sebagai antara pencabar terhebat dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elite.

Kebiasaannya JDT akan melancarkan jersi ‘Home’ dan ‘Away’ selepas pulang daripada perlawanan pra musim di luar negara.