Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang founder kosmetik yang sedang melakukan tawaf dan berasak mahu mencium Hajarul Aswad di Kaabah bersama pasukan yang dibawa.
Susulan itu, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil menegur segelintir pengguna media sosial yang menjadikan ibadah umrah sebagai konten dalam satu hantaran.
Baca Juga:
- ‘Founder’ Kosmetik Dikecam Teruk Buat Konten Di Depan Kaabah
- Siapakah Lelaki Di Sebalik Pembinaan Royal Clock Tower, Makkah? Beliau Seorang Melayu Malaysia
- ‘Saya Tidak Ketepikan Agama’ – Shaheizy Sam Beri Komen Tentang Filem La Luna
UMRAH ADALAH IBADAH, BUKAN PELANCONGAN “KEROHANIAN”
1. Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium hajar aswad adalah sunat.
2. Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kpd diri sendiri dan…
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) March 3, 2024
Menerusi hantaran tersebut, Dr Zulkifli menjelaskan tentang ibadah umrah dan perbezaan antara hukum tawaf dengan hukum mencium Hajar Aswad.
“Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium Hajar Aswad adalah sunat.
“Bahkan di sisi ulama Syafi’iyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium hajar aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang.
“Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium Hajar Aswad adalah haram.
“Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.” tulis Dr Zulkifli.
Tambahnya, dia turut menasihati agar umat Islam lebih fokus beribadah ketika berada di Makkah bukannya sibuk rakam video untuk dijadikan konten.