Presiden Barcelona, Joan Laporta mendedahkan bahawa akan mengumumkan berita gembira berkenaan isu kewangan pasukan gergasi saingan LaLiga tersebut.
Masalah kewangan bukanlah merupakan isu baharu buat Barcelona sejak beberapa tahun kebelakangan ini susulan bebanan hutang dihadapi.
Baca Juga:
- Barcelona Sedia Lepas 8 Pemain Untuk Dapatkan Bintang Baharu
- Hansi Flick Terapkan Peraturan Pelik Ini Untuk Pemain Barcelona
- Masalah Kewangan Halang Barcelona Daftarkan Hansi Flick
Seperti dilaporkan sebelum ini, Barcelona telah menjual 49 peratus pegangan saham Barca Studios kepada firma pelaburan dari Jerman, Libero dengan nilai £85.5 juta.
Namun, selepas beberapa kali kelewatan daripada Libero, tarikh akhir pembayaran telah berlalu tanpa dana dipindahkan oleh firma tersebut.
Namun dengan berita gembira yang bakal diumumkan Laporta, ia pasti memberikan sedikit sinar terang buat kem Barcelona dan para penyokong mereka.
Dalam pada itu, Laporta turut mendedahkan The Blaugrana akan mengumumkan kehadiran pemain bintang untuk memperkuatkan jentera pasukan.
“Dari segi ekonomi, kami mungkin akan komited untuk menandatangani Nico Williams. Nico adalah pemain yang saya suka, saya sangat suka dia.”
“Kami sedang bekerjasama dengan [Hansi] Flick mengenai kemungkinan mendapatkan pemain ini,” ujar Laporta menurut sumber laporan Goal.
“Sekarang kami perlu membiarkan Deco [Pengarah Sukan Barcelona] menutup operasi yang sedang kami usahakan.”
“Tidak lama lagi kami akan dapat mengumumkan berita baik berkaitan dengan isu kewangan dan kami akan kembali berada dalam had ‘Fair Play LaLiga’.”
“Keadaan itu akan membolehkan hadirnya berita baik berterusan daripada segi mendapatkan pemain baharu,” tambah beliau lagi.