Seorang jurugambar yang merakam rakaman viral keganasan penyokong Maccabi Tel Aviv di Amsterdam tahun lepas berkata bahawa Perdana Menteri Britain, Keir Starmer sedang bermain dengan api.
Ini selepas Keir Starmer mengecam tindakan Polis West Midlandss yang menasihati Aston Villa melarang penyokong Maccabi Tel Aviv bertandang ke Villa Park.
Menurut jurugambar tersebut yang berada di tengah tengah kekecohan yang dicetuskan peminat Maccabi Tel Aviv, Starmer kelihatan hanya bercakap atas dasar kepentingan politik.
Dan tindakan itu dianggap salah oleh jurugambar tersebut yang menasihati PM Britain itu agar mengutamakan keselamatan rakyatnya dahulu.
Ini kerana pada ketika ini, apa sahaja yang berkaitan dengan negara haram, akan menjadi isu panas di beberapa negara.
Itali ambil langkah keselamatan ketat
Misalnya baru baru ini Itali mengenakan garis panduan keselamatan ketat ketika pasukan negara haram datang ke negara mereka. Ianya berikutan protes dibuat oleh rakyat Itali di luar stadium ke atas mereka.
Pihak berkuasa mengambil langkah keselamatan ketat. Hanya 9,000 sahaja tiket dijual daripada kapasiti penuh stadium 25,000. Ianya atas kuota ketat yang dikenakan oleh pihak berkuasa.
Skuad negara haram turut diiringi unit polis khas menggunakan 13 kereta polis. Bukan itu sahaja, terdapat juga unit bermotosikal dan pasukan gerak khas polis.
Di Stadio Friulli, dron berlegar di atas perkarangan stadium sepanjang perlawanan. Dan ramai polis dan tentera dikerahkan berkawal.
🇮🇹Protests in Italy against football match with Israel. pic.twitter.com/TQLS2nVRKR
— The Resonance (@Partisan_12) October 14, 2025
Ramai peniaga memutuskan untuk menutup perniagaan mereka kerana bimbang risiko keselamatan.
Dozens of pro-Palestinian activists have gathered in the Italian city of Udine, where Italy will play against Israel in a FIFA World Cup qualifier today, to denounce Israeli abuses against Palestinians.
đź”´ LIVE updates: https://t.co/n8PXK6ca46 pic.twitter.com/qHzQvQLGRu
— Al Jazeera English (@AJEnglish) October 14, 2025
Malah pihak berkuasa turut menasihati premis seperti pub dan kedai kedai lain, agar mengeluarkan perabot yang dilihat berpotensi menjadi senjata untuk serangan dan rusuhan.
Perlawanan ini diklasifikasikan sebagai perlawanan berisiko tinggi dari segi keselamatan sertai disiytihar sebagai zon merah. Kenapa?
Berlaku protes besar besaran ke atas negara haram di Itali walaupun gencatan senjata diumumkan beberapa hari lalu.
Itali menjadi antara negara yang paling banyak melakukan demonstrasi mengecam negara haram dan menyokong kempen bebaskan Palestin sejak tahun lalu lagi.
Italy have just knocked Israel out of the World Cup with a 3–0 win — though they should’ve been kicked out of football competitions long ago.
Even in an almost empty stadium due to the boycott, Israeli players were met with loud boos during their anthem. pic.twitter.com/99ayjuINOT
— Leyla Hamed (@leylahamed) October 14, 2025
Pejuang pro Palestin di Itali sebelum ini sudah menyatakan kemarahan mereka ke atas pasukan negara haram yang dibenarkan masuk bermain di negara mereka.
Polis West Midlands tak cukup kapasiti
Birmingham, markas Aston Villa antara bandar yang kuat membantah negara haram sejak dahulu lagi.
Oleh sebab itu pihak berkuasa Birmingham / West Midlands mendengar laporan pihak polis yang tidak dapat memberikan jaminan mereka ada kapasiti yang cukup untuk mengawal keadaan.
Starmer dengan sombongnya mengingatkan polis bahawa mereka memang dibayar untuk menjaga dan mengawal keselamatan rakyat.
Dan dia meminta Aston Villa menarik semula larangan itu. Starmer membuat kenyataan bahawa keputusan larangan oleh Aston Villa itu adalah “keputusan yang salah”, dan menekankan bahawa polis harus memastikan semua penyokong bola sepak boleh menikmati perlawanan tanpa takut keganasan atau intimidasi.

Larangan ini dibenarkan oleh pihak berkuasa atas alasan “perisikan semasa” dan rekod insiden-insiden keganasan serta jenayah kebencian yang berlaku ketika perlawanan antara Ajax dan Maccabi di Amsterdam tahun sebelumnya.
Ini termasuk serangan terhadap penyokong Maccabi Tel Aviv selepas perlawanan.
Di media negara haram, mereka mendakwa beberapa penyokong mereka dikeronyok penyokong Ajax. Ultras Ajax mempertahankan tindakan mereka sebagai respon kepada tindakan biadap penyokong dari negara haram yang mencetuskan vandalisme dan keganasan di bandar mereka.
Kini jurugambar yang merakam beberapa insiden di Amsterdam menuduh Starmer yang sebenarnya salah dalam penilaiannnya.
Dalam rakamannya, menunjukkan tingkah laku agresif oleh penyokong Maccabi terhadap penduduk tempatan atau orang awam, sebagai bukti bahawa kejadian sebenar adalah lebih kompleks daripada apa yang digambarkan dalam beberapa laporan media.