Skuad warga kota, Kuala Lumpur City (KL City) hari ini mengumumkan perlantikan Miroslav Kuljanac dari Croatia sebagai ketua jurulatih baharu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2024/2025.
Kuljanac atau dikenali sebagai Kuljo merupakan bekas pembantu jurulatih kepada Bojan Hodak dan beliau akan menggantikan tempat Nenad Bacina yang telah meninggakan pasukan itu.
Baca Juga:
- Ini Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang Bakal Kekal, Berubah Harga Bermula 1 Mac 2024
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
“Kuala Lumpur City Football Club mengesahkan perlantikan Miroslav Kuljanac sebagai ketua jurulatih The City Boys untuk musim 2024/25.
“Kuljanac atau mesra disapa Kuljo merupakan penolong jurulatih Bojan Hodak dan bertanggungjawab melatih pasukan secara interim semasa merekodkan kemenangan besar ke atas Kelantan FC dan Penang FC sebelum kepulangan Nenad Bacina pada musim lepas.,” kata KL City dalam satu kenyataan.
Kuala Lumpur City Football Club confirms the appointment of Miroslav Kuljanac as the City Boys' new Head Coach for season 2024/25. pic.twitter.com/Lelr1vxVR3
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) March 19, 2024
Jurulatih berumur 53 tahun ini menyertai KL City pada bulan Januari 2023 dan cukup mengenali para pemain serta corak permainan Liga Malaysia.
Musim lepas, beliau dilantik sebagai jurulatih sementara dan sempat membantu KL City mencatatkan 2 kemenangan ketika menentang Kelantan dan Penang.
Kuljanac dalam satu kenyataan melihat tanggungjawab sebagai ketua jurulatih ini adalah satu penghormatan kepada dirinya. Beliau berharap dapat terus membantu KL City mencapai kejayaan pada musim ini.
“Kita adalah sebuah kelab yang sedang membangun dengan jiwa besar yang dapat bersaing pada tahap tertinggi seperti mana yang kita lakukan ketika tiga musim yang lepas.
“Kita percaya dapat memberi sesuatu untuk menceriakan para penyokong KL City,” katanya.