Pemain skuad kebangsaan Algeria, Youcef Atal telah dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda €45,000 oleh mahkamah di Nice, Perancis kerana menyiarkan satu kandungan di media sosialnya mengenai konflik Israel-Hamas.

Atal menerima nasib sedemikian selepas tindakannya dalam meluahkan pendapat peribadi secara terbuka terhadap kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin yang terjadi sejak beberapa bulan lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut sumber laporan Reuters, mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut dengan hujah bahawa isi kandungan tersebut sebagai mencetuskan kebencian atas alasan keagamaan.

Sebelum ini, Atal yang mula menyertai Nice pada tahun 2018 telah digantung oleh kelab saingan Ligue 1 itu pada 18 Oktober lalu berikutan tindakan sama.

Keputusan itu tetap diambil Nice meskipun Atal sudah memadam kandungan tersebut serta membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram peribadi miliknya.

“Saya sedar bahawa ‘posting’ saya mengejutkan ramai orang, yang nyata bukan niat saya dan saya memohon maaf.”

“Saya ingin menjelaskan pandangan saya tanpa sebarang kekaburan: Saya mengecam sekeras-kerasnya semua bentuk keganasan, di mana-mana sahaja di dunia, dan saya menyokong semua mangsa,” ujar Atal dalam permohonan maafnya sebelum ini.

Ekoran tindakannya itu, Youcef Atal menjadi mangsa kecaman di Perancis dan menurut sumber Berita Harian, keadaan tersebut menyebabkan dua persatuan, Liga Antarabangsa menentang Perkauman dan Anti-Semitik (LICRA) dan Pemantau Yahudi Perancis memfailkan dakwaan ke atas Atal.