Didier Deschamps mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan skuad kebangsaan Perancis selepas selesai tugasan dalam Piala Dunia 2026.

Perkembangan terkini itu disahkan sumber laporan Goal yang sekali gus menamatkan ‘pemerintahan’ legenda Perancis tersebut sejak 8 Julai 2012.

Baca Juga:

Sepanjang membimbing pasukan, Deschamps telah menghadiahkan kejuaraan Piala Dunia 2018, juara Nations League 2021 dan naib juara Piala Dunia 2022 dan Piala Eropah 2016.

Pencapaian itu turut menjadikan beliau sebagai individu yang mengecapi nikmat selaku pemenang Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih.

Deschamps akan meninggalkan legasi yang tiada tandingan dalam lipatan sejarah bola sepak Perancis.

Dengan kejayaan hebat dikecapinya sebagai pemain dan jurulatih, pencapaian itu pastinya akan dikenang seluruh peminat setia bola sepak dunia.

Beliau tidak hanya mengubah nasib pasukan kebangsaan Perancis, tetapi juga meninggalkan warisan yang sukar dicabar dalam sejarah bola sepak.

Keputusan yang diambil Didier Deshcamps ini bakal membuka laluan seluas-luasnya buat bekas rakan sepasukannya iaitu Zinedine Zidane untuk meneruskan kecemerlangan skuad kebangsaan Perancis di masa hadapan.

Zidane sebelum ini dikatakan hanya berminat untuk membimbing skuad kebangsaan Perancis dan Real Madrid sekiranya mahu kembali ke bidang kejurulatihan.

Beliau sudah membuktikan kemampuannya dengan membantu Real Madrid memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan dua kali muncul juara LaLiga.

Menarik untuk disaksikan siapakah bakal menjadi pengganti kepada pengendali berusia 56 tahun itu.

Sumber