Aksi pembukaan kempen AFC Champions League (ACL) Elite 2026/27 menyaksikan Al Ain mencuri tumpuan dengan membelasah kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr dengan keputusan 4-0.
Wakil dari Emiriah Arab Bersatu itu jelas tidak menghiraukan skuad himpunan bintang diketuai Cristiano Ronaldo tersebut selepas Houssine Rahimi meledakkan dua gol dan masing-masing satu gol menerusi Soufiane Rahimi dan Giorgos Giakoumakis.
Kashima Antlers dari Jepun juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya membelasah wakil Australia, Newcastle Jets 7-1 dengan Aleksandar Cavric mencipta hatrik. Tiga lagi gol disumbangkan oleh Jomare Tokuda, Kyosuke Tagawa dan jaringan sendiri James Delianov.
Shanghai Port pula cemerlang ketika menundukkan Ratchaburi 6-4 dimana pada aksi ini terdapat dua pemain meledakkan hatrik.
Prince Ampem menjaringkan tiga gol buat Shanghai Port manakala pemain import dari Madagascar, Njiva Rakotoharimalala melakukannya buat Ratchaburi.
Juara bertahan ACL Elite dari Arab Saudi, Al-Ahli sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika berhadapan dengan wakil Uzbekistan, Pakhtakor FC.
Sementara itu wakil negara dalam ACL Elite 2026/27, Johor Darul Ta’zim (JDT) terlepas peluang untuk mencatatkan kemenangan selepas diikat 1-1 Buriram United pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Berikut merupakan kedudukan terkini saingan ACL Elite 2026/27 bagi zon timur dan barat selepas berakhirnya satu perlawanan:
ACL Elite 2026/27
Kumpulan A – Zon Timur
1) Kashima Antlers (Jepun) -3
2) Gambar Osaka (Jepun) – 3
3) Shanghai Port (China) – 3
4) Beijing Guoan (China) – 3
5) Vissel Kobe (Jepun) – 3
6) Jeonbuk (Korea Selatan) – 3
7) Daejeon Hana (Korea Selatan) – 3
8) Buriram United (Thailand) – 1
9) Johor Darul Ta’zim (Malaysia) – 1
10) Kashiwa Reysol (Jepun) – 0
11) Port FC (Thailand) – 0
12) Kyoto Sanga (Jepun) – 0
13) Ratchaburi (Thailand) – 0
14) Pohang Steelers (Korea Selatan) – 0
15) Cong An Ha Noi (Vietnam) – 0
16) Newcastle Jets (Australia) – 0
Kumpulan B – Zon Barat
1) Al Ain (UAE) – 3
2) Esteghlal (Iran) – 3
3) Al-Hilal (Arab Saudi) – 3
4) Al Qadsiah (Arab Saudi) – 3
5) Neftchi Fergana (Uzbekistan) – 3
6) Shabab AlAhli (UAE) – 3
7) Pakhtakor (Uzbekistan) – 1
8) Al-Ahli (Arab Saudi) – 1
9) Al-Shamal (Qatar) – 1
10) Al-Ittihad (Arab Saudi) – 1
11) Al-Gharafa (Qatar) – 0
12) Al Wasl (UAE) – 0
13) Al-Quwa Al-Jawiya (Iraq) – 0
14) Tractor (Iran) – 0
15) Al Sadd (Qatar) – 0
16) Al-Nassr (Arab Saudi) – 0