Berakhirnya lima perlawanan ACL Elite 2026/27 menyaksikan menyaksikan Kashima Antlers melonjak ke tangga teratas bagi kumpulan A.

Kemenangan 3-0 ke atas wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors membolehkan Kashima Antlers mengambil alih kedudukan teratas yang sebelum ini dipegang kelab senegara, Vissel Kobe.

ACL Elite
Kredit Foto: JOHN CARUSI / NURPHOTO / NURPHOTO VIA AFP

Vissel Kobe terlepas peluang untuk terus kekal memimpin tangga teratas selepas dikejutkan Cong An Ha Noi dari Vietnam 1-3.

Kedudukan ketiga hingga ketujuh pula masih kekal menjadi milik Gamba Osaka, Kashiwa Reysol, Shanghai Port, Kyoto Sanga dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bagi kumpulan B ACL Elite 2026/27 iaitu saingan zon barat pula, Al Ain gagal meneruskan rentak kemenangan 100 peratus selepas terikat 1-1 ketika bertemu kelab Iran, Esteghlal.

Kedudukan mereka sebagai pendahulu kumpulan B bagaimanapun masih kekal selepas mengumpul 13 mata, dua mata meninggalkan pencabar terdekat, Al Qadsiah dari Arab Saudi.

Berikut merupakan kedudukan terkini saingan ACL Elite 2026/27 bagi zon timur dan barat selepas berakhirnya lima perlawanan:

ACL Elite 2026/27
Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers

Kedudukan Terkini ACL Elite 2026/27

Kumpulan A – Zon Timur

1) Kashima Antlers (Jepun) – 13 mata

2) Vissel Kobe (Jepun) – 12 mata

3) Gamba Osaka (Jepun) – 11 mata

4) Kashiwa Reysol (Jepun) – 10 mata

5) Shanghai Port (China) – 10 mata

6) Kyoto Sanga (Jepun) – 10 mata

7) JDT (Malaysia) – 8 mata

8) Beijing Guoan (China) – 7 mata

9) Cong An Hanoi (Vietnam) – 7 mata

10) Daejeon Hana (Korea Selatan) – 7 mata

11) Jeonbuk Motors – 7 mata

12) Buriram United (Thailand) – 3 mata

13) Port FC (Thailand) – 3 mata

14) Ratchaburi FC (Thailand) – 2 mata

15) Pohang Steelers (Korea Selatan) – 1 mata

16) Newcastle Jets (Australia) – 0 mata

Kumpulan B – Zon Barat

1) Al Ain (UAE) – 13 mata

2) Al Qadsiah (Arab Saudi) – 11 mata

3) Al-Hilal (Arab Saudi) – 10 mata

4) Esteghlal (Iran) – 10 mata

5) Al-Nassr (Arab Saudi) – 9 mata (Kurang 1 Perlawanan)

6) Shabab AlAhli (UAE) – 9 mata

7) Al-Ahli (Arab Saudi) – 8 mata

8) Al-Shamal (Qatar) – 8 mata

9) Al-Ittihad (Arab Saudi) – 7 mata

10) Al Wasl (UAE) – 6 mata

11) Al-Quwa Al-Jawiya (Iraq) – 6 mata

12) Neftchi Fergana (Uzbekistan) – 5 mata

13) Pakhtakor (Uzbekistan) – 2 mata

14) Al Sadd (Qatar) – 2 mata

15) Pakhtakor (Uzbekistan) – 2 mata

16) Al-Gharafa (Qatar) – 0 mata