Pengumuman pengembalian Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah mencetus persoalan orang ramai apabila sasaran peserta berusia 17 hingga 35 tahun.
Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan berkata, hanya remaja yang lahir pada 2007 akan dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sekiranya dilaksanakan pada tahun hadapan.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Penat ‘Mengemis’ Hutang? Ini Cara Mudah Mengutipnya Dengan Aplikasi MAE
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
Pelatih program itu akan dipilih mengikut tahun kelahiran dan ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0, petik Harian Metro.
[Kenyataan Media] Kementerian Pertahanan Perjelas Isu Berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0#MinDefMalaysia#MinDefUpdate pic.twitter.com/KQNL399dKk
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) November 3, 2023
“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga berusia 35 tahun.
“Mindef turut berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN3.0,” katanya.
Terdahulu, Mindef memaklumkan dalam kenyataan itu bahawa Kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah baharu selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).