Kejadian simbah asid yang dialami oleh pemain sayap Selangor, Faisal Halim mendapat perhatian dari kelab Jerman iaitu Borussia Dortmund.

Menerusi laman media sosial rasmi kelab, Dortmund memuat naik gambar Faisal dimana mereka mahu agar keganasan dalam bola sepak segera dihentikan dan mendoakan agar pemain itu cepat sembuh.

Nando's
HYPE
Tidak Perlu Ikat Perut, Ini Cara Untuk Anda Jimat Wang Makan Tengahari
Baca lagi →

Baca Juga:

Faisal Halim Borussia Dortmund

“Faisal Halim adalah pemain sayap yang bermain untuk Selangor FC dan Pasukan Kebangsaan Malaysia. Dia menjaringkan gol kejohanan dalam Piala Asia AFC baru-baru ini menentang Korea Selatan. 13 gol dan 9 bantuan beliau dalam liga musim lalu melonjakkan Selangor FC ke tempat ke-2 dan tempat dalam pertandingan Asia 2024/25.

“Susulan berita terkini, Faisal diserang dan ditinggalkan dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, dengan ini, kami ingin memberi penerangan tentang keganasan dalam bola sepak.

“HENTIKAN keganasan. ❌ Kami berdiri bersama Faisal Halim 🖤💛

Komen mengenai Faisal Halim oleh Borussia Dortmund ini mendapat sambutan baik dari peminat bola sepak tanah air dan mereka mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kelab Jerman itu.

Untuk makluman, Dortmund akan turun menentang Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2 Jun ini di Stadium Wembley.