Kelab yang beraksi dalam saingan J1 League dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan skuad Harimau Malaya iaitu Dion Cools.
Menurut laporan media Thailand, kelab yang dimaksudkan ialah Cerezo Osaka dimana Buriram tidak akan menhalanv perpindahan tersebut.
Baca Juga:
- Pendapat Dion Cools Mengenai Jersi Baharu Malaysia
- Ketiadaan Dion Cools Tidak Gusarkan Pau Marti
- Dion Cools Bakal Menentang Kelab Malaysia Di Piala Shopee
🇹🇠Thai media reported that Buriram United defender Dion Cools has attracted interest from J1 League club Cerezo Osaka. pic.twitter.com/HR348FjCY8
— Harimau Abroad 🇲🇾 (@HarimauAbroad) May 19, 2025
Buriram Tidak Akan Halang Dion Cools Ke Jepun
“Cerezo sedang berunding untuk mendapatkan Dion selepas tamat musim Liga Thai 2024/25.
“Buriram United tidak akan menghalang pemain itu untuk berpindah dan sudah pun mencari pengganti baru di posisi pertahanan kanan,” tulis media terbabit.

Musim ini menyaksikan Dion bermain 50 perlawanan dalam semua pertandingan, menjaringkan 4 gol dan memberikan 9 assist.
Jika perjanjian dengan Cerezo muktamad, Dion akan disatukan semula dengan Arthur Papas, dimana mereka bekerjasama semasa Papas mengendalikan Buriram musim lalu.
Sejak menyertai Buriram, Dion memenangi kejuaraan Thai League 1 sebanyak 3 kali (2022/23, 2023/24, 2024/25), juara Piala Revo 2022/23, juara Piala FA Chang 2022/23.

Musimm ini Dion masih berpeluang memenangi 3 lagi kejuaraan iaitu Piala Shopee, Piala Revo dan Piala FA Chang.