Salah sebuah kelab ternama di New Zealand bakal menguji kekuatan skuad Harimau Malaya sebelum berdepan negara itu dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.
Pasukan negara sudah berada di Auckland dimana para pemain giat menjalani latihan bagi menghadapi perlawanan dalam jendela FIFA kali ini.
Baca Juga:
- Ketiadaan Dion Cools Tidak Gusarkan Pau Marti
- Ramai Mahu Jadi Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya
- Kim Pan-gon Ucap Selamat Hari Merdeka Kepada Malaysia
Menurut laporan Stadium Astro, skuad Harimau Malaya dijadualkan turun menentang kelab yang belum dinamakan itu pada Jumaat sebelum turun beraksi menentang New Zealand pada Isnin hadapan.
Ketua pasukan, Dion Cools terpaksa menarik diri bagi menghadapi New Zealand dalam perlawanan persahabatan antarabangsa ekoran masalah peribadi yang dihadapi.
Meskipun turun tanpa salah seorang pemain tonggak, perkara ini tidak menggusarkan ketua jurulatih iaitu Pau Marti dimana beliau yakin pemain lain mampu untuk mengisi kekosongan yang dihadapi.
“Kami kena yakin yang kami adalah pasukan kuat. Walaupun hilang seorang pemain, kami masih ada ramai pemain yang mampu galas ditinggalkan oleh Cools.
“Kami mendoakan yang terbaik untuknya dan berharap Dion Cools dapat kembali pada jendela antarabangsa FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabngsa) seterusnya pada bulan depan,” kata Pau Marti dipetik dari laporan Sukan Sinar.
Pau Marti Vicente memanggil 27 pemain ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya dimana dalam senarai tersebut, Marti memanggil dua pemain yang beraksi bersama skuad B-19 Tahun negara iaitu penjaga gol, Haziq Aiman Mohd Esa (JDT II) dan Haykal Danish Mohd Haizon (Selangor FC B-23).
Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, Pau Marti telah mengekalkan seramai 23 daripada 26 pemain dari skuad yang menjuarai Pestabola Merdeka 2024 selepas menewaskan Filipina 2-1 di separuh akhir pada 4 September 2024 dan menewaskan Lubnan 1-0 pada final pada 8 September 2024, kedua-dua perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.