Malaysia terpaksa menunggu minit akhir permainan untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi pembukaan Kelayakan Piasla Asia Futsal 2026 yang berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan.
Kemenangan tersebut penting buat skuad kendalian Rakphol Sainetngam itu dalam usaha mereka untuk memburu slot ke pusingan akhir di Jakarta pada Januari depan.
Berdepan lawan yang memiliki kelebihan fizikal, barisan pemain negara tidak berdepan terlalu banyak masalah untuk menguasai permainan.
Namun kekentalan penjaga gol lawan, Hamad Albaroud seringkali menjadi penghalang buat skuad negara untuk memburu jaringan.
Begitu banyak peluang terbaik dimiliki terutamanya menerusi Awalluddin Mat Nawi, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan dan Khairul Effendy Mohd Bahrin dinafikan Hamad.
Ketika sudah berjaya menewaskan Hamad, percubaan Syahir Iqbal pada minit ke-11 pula sekadar singgah di palang gol UAE.
Penjaga gol negara, Syaifuddin Syukri Ibrahim juga turut cemerlang dalam menafikan beberapa percubaan keemasan dijelmakan UAE.
Awalluddin Mat Nawi akhirnya menjadi wira pada minit ke-38 apabila hantaran jauh cuba Rashid Obaid Ali membias terkena beliau dan kemudiannya melakukan tidak menunggu lama untuk melakukan percubaan yang sekali gus menghadiahkan kemenangan buat skuad negara.
Selepas berjaya mengharungi tugas getir tersebut, skuad negara akan turun beraksi pada perlawanan kedua menentang Bangladesh, Isnin nanti jam 8.30 malam.