Pasukan Arab Saudi hampir dimalukan oleh China dalam perlawanan kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Dalian Suoyuwan baru-baru ini.
Saudi turun dengan tekanan tersendiri selepas mereka hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Indonesia pada perlawanan pembukaan dan skuad bimbingan Roberto Mancini mencari kemenangan bagi mengembalikan semula keyakinan.
Baca Juga:
- Roberto Mancini Beri Sebab Mengapa Arab Saudi Hanya Mampu Seri Dengan Indonesia
- Kelayakan Piala Dunia 2026: Maarten Paes Cemerlang Pastikan Indonesia Ikat Australia
- Nilai Pasaran Pemain Warisan Indonesia Lebih Tinggi Daripada Keseluruhan Skuad Malaysia
China terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol sendiri pemain pertahanan Saudi, Ali Lajami pada minit ke-14. Lima minit kemudian, pasukan pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohamed Kanno dilayangkan kad merah.
Gol penyamaan yang dicari oleh tiga kali juara Piala Asia itu hadir menerusi Hasan Kadesh pada minit ke-39. Kedudukan 1-1 kekal hingga rehat separuh masa.
Memasuki separuh masa kedua, kedua-dua pasukan seakan buntu untuk mencari gol pendahuluan dan Kadesh kemudiannya menjadi wira Arab Saudi dimana beliau menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan sekaligus memberi kemenangan untuk pasukannya ke atas China.
نهاية المباراة |
🇸🇦 السعودية 2 – 1 الصين 🇨🇳
العلامة الكاملة من خارج الديار ✅
مبرووووووووووووووك يا أبطال 💚💚#السعودية_الصين pic.twitter.com/qDWkw1QNo8— المنتخب السعودي (@SaudiNT) September 10, 2024
Meskipun mencatat kemenangan, peminat pasukan itu tidak berpuas hati dengan corak permainan yang diterapkan oleh Arab Saudi khususnya sejak dibimbing oleh Mancini.
Jurulatih kelahiran Itali itu memberikan sebab mengapa pasukan dari Timur Tengah itu mula bergelut ketika beraksi di peringkat antarabangsa.
“Pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan perlu menjadi pemain utama bersama kelab masing-masing. Saya memiliki 20 pemain yang hanya memanaskan bangku simpanan ketika bersama kelab mereka. Kami seolah-olah tiada jalan penyelesaian terhadap masalah ini,” katanya.
Kebanjiran pemain dari liga Eropah yang dibeli oleh kelab liga Arab Saudi mula memberi kesan terhadap prestasi skuad kebangsaan negara itu.
Bermula dengan kehadiran Cristiano Ronaldo yang menyertai Al-Nassr, kelab lain turut mengambil langkah sama dengan menandatangani pemain bintang agar tidak ketinggalan.
Antara pemain bintang lain yang beraksi di liga Arab Saudi ketika ini ialah Neymar, Karim Benzema, Sadio Mane, Roberto Firmino, Joao Cancelo dan Ivan Tooney.
Kehadiran pemain bintang menyebabkan pemain tempatan ditolak keluar dari kesebelasan utama dan hanya memanaskan bangku simpanan dalam kebanyakan perlawanan liga.