Indonesia sekali lagi lakar kejutan apabila mudah menewaskan Vietnam 3-0 pada perlawanan keempat kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium My Dinh.

Ini adalah kemenangan ketiga berturut-turut mereka ke atas lawan yang sama sejak saingan peringkat kumpulan di Piala Asia 2023.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Biarpun turun tanpa beberapa tonggak utama seperti Jordi Amat, Rafael Struick, Sandy Walsh dan Pratama Arhan namun ia tidak menghalang skuad kendalian Shin Tae-yong itu mempamerkan aksi yang cukup bertenaga.

Selepas diaibkan 1-0 di Gelora Bung Karno pada 21 Mac lepas, Vietnam yang dibimbing Philippe Troussier masih tak mampu menembusi benteng pertahanan Indonesia di halaman sendiri.

Skuad Garuda terlebih dahulu membuka akaun jaringan seawal minit ke 8 menerusi pemain naturalisasi, Jay Idzes yang menanduk masuk bola sepakan sudut.

Jaringan itu memberikan semangat tambahan kepada pemain Indonesia untuk terus mengandakan asakan dan hasilnya mereka memperolehi gol kedua menerusi rembatan Ragnar Oratmangoen pada minit ke 23.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Memasuki babak kedua, tuan rumah masih buntu mencari jaringan pertama biarpun beberapa percubaan berbahaya telah dilakukan.

Vietnam terus meningkatkan serangan tetapi setiap rembatan mereka tersasar dan berjaya dinafikan oleh penjaga gol Indonesia, Ernando Ari.

Masa tambahan selama 10 minit juga gagal dimanfaatkan tuan rumah sebaliknya Indonesia menambah gol ketiga menerusi Ramadhan Sananta yang mengambil kesempatan dalam situasi kelam kabut.

Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus mencerahkan peluang Indonesia untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan tiket automatik ke Piala Asia 2027.