Dengan peningkatan jumlah pengguna telah mendorong kepada penggunaan dashcam bagi merakam sesuatu kejadian sebagai bukti. Namun, bukan semua pengguna mampu membelinya kerana mempunyai komitmen lain yang lebih penting.

Berita baik buat anda yang sedang mencari dashcam bajet kerana kemas kini Android akan datang bakal membolehkan peranti anda berfungsi sebagai dashcam.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kemas Kini Ciri Android Bakal Membolehkan Pengguna Jadikan Telefon Pintar Sebagai ‘Dashcam’
Sumber Gambar:9to5Google

Menerusi laporan 9to5Google, kemas kini Android kelak bakal membenarkan telefon Pixel dan telefon pintar Android terpilih untuk dijadikan sebagai alternatif dashcam. Ini termasuklah rakaman video dan audio sewaktu anda memandu.

Seperti dashcam, anda perlu meletakkan telefon pintar pada lokasi yang bersesuaian agar rakaman boleh memberikan maklumat berguna dan boleh dijadikan bukti apabila berlaku kemalangan dan seumpamanya.

Ciri ini boleh diakses menerusi menu Dashcam yang dipaparkan pada bahagian Personal Safety menerusi halaman utama peranti Android yang terpilih. Menariknya, ciri dashcam ini bakal dilancarkan secara automatik sebaik disambungkan dengan sistem bluetooth kereta anda.

Berkenaan storan pula, rakaman menerusi ciri dashcam ini akan dipadam secara automatik selepas tiga hari kemudian. Melainkan, anda memilih untuk menyimpan sebahagian rakaman video itu terlebih dahulu.