Bekas pemain badminton ranking nombor satu dunia, Kento Momota sebentar tadi membuat pengumuman mengejutkan berhubung masa depannya dalam sukan tersebut.

Memperlihatkan kepada kemampuannya yang terbatas untuk terus bersaing hebat berhadapan pemain lain, beliau mendedahkan akan bersara daripada pentas antarabangsa sebaik sahaja tamat saingan Piala Thomas 2024 nanti.

Baca Juga:

Perkembangan terkini itu disahkan pemain berusia 29 tahun itu menurut sumber laporan laman sesawang rasmi Sukan Olimpik.

Mengulas mengenai hasratnya itu, Momota tidak menolak hakikat bahawa kemalangan dialami ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Anatarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Januari 2020 amat mengganggu prestasinya.

“Saya tidak boleh berbohong, selepas kemalangan itu saya bertanya kepada diri saya sendiri, mengapa saya (mengalaminya)?”

“Sejujurnya ia adalah satu demi satu masa yang sukar. Tetapi saya tidak mahu menyalahkan kemalangan tersebut. Saya mahu mencuba dan mengatasinya.”

“Saya mendapat begitu banyak sokongan. Begitulah cara saya berjaya sampai sejauh ini.”

“Sejak kemalangan pada Januari 2020, terdapat banyak kesukaran yang saya alami. Saya cuba banyak perkara tetapi saya tak dapat menutup jurang emosi dan fizikal antara saya pada ketika dahulu dan siapa saya pada hari ini.”

“Saya rasa saya tidak boleh menjadi pemain nombor satu dunia lagi. Saya menjalani pembedahan mata. Saya tidak oleh bergerak di gelanggang seperti yang saya mahu.”

“Saya akan letih seperti yang saya tak pernah lakukan. Saya cuba tetapi saya hanya merasakan tidak mungkin lagi untuk bersaing dengan pemain terbaik dunia,” tambah Kento Momota lagi.

Selain bergelar pemain nombor satu dunia ketika zaman kegemilangannya, Momota pernah muncul juara Kejohanan Dunia dan Kejohanan Asia pada edisi 2018 dan 2019 dan juara Piala Thomas 2014.

 

Sumber