Pemain beregu campuran Jepun, Yuta Watanabe jelas begitu terkesan dengan sikap fanatik para peminat badminton yang begitu teruja ketika mahu bergambar dan mendapatkan tandatangan beliau.

Beliau yang berpasangan dengan Arisa Higashino merupakan antara pemain badminton cukup disenangi para peminat sukan bulu tangkis itu di seluruh dunia.

Baca Juga:

Malah, mereka turut memiliki reputasi hebat kerana berada di tangga kedua dunia dalam ranking dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Namun, baru-baru ini ketika Kejohanan Badminton Asia 2024 di Ningbo, China beliau telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dengan sikap fanatik para penyokong.

Satu keadaan yang memaksa beliau untuk mengubah kaedah dalam melayan para peminat terutamanya ketika di lobi hotel penginapan bagi satu-satu kejohanan.

“Saya terpaksa membuat keputusan. Saya akan berhenti daripada memberikan tandatangan serta berurusan untuk mengambil gambar di hotel.”

“Ia kerana saya berasa takut kerana lengan saya ditarik dan dikelilingi ramai orang,” ujar Yuta Watanabe di Instagram Story miliknya.

“Dan terdapat kemungkinan saya akan mengalami kecederaan disebabkan perkara tersebut. Kami mahu bergembira dengan semua peminat kami tetapi kita perlu melakukannya ada jarak yang sesuai.”

“Saya berharap anda semua dapat memahaminya,” tambah pemain berusia 26 tahun itu lagi.

Perkara ini kelihatan sering terjadi dalam badminton dimana para penyokong sanggup menunggu lama dan ada yang sanggu ke hotel penginaan para pemain untuk mendapatkan tandatangan atau bergambar bersama idola mereka.