Masuk sahaja bulan Ramadan, nama Khairul Aming sering menjadi sebutan. Mengendalikan program 30 Hari 30 Resipi, menu cadangan beliau telah menjadi fenomena sekaligus membuatkan beberapa bahan yang digunakan beliau laris di pasaran.

Selepas berjaya meraih jualan Sambal Nyet sebanyak RM170,000 dalam tempoh kurang dari satu jam, perkongsian terbaru Khairul Aming sekali lagi mendapat perhatian netizen di mana beliau meraikan para pekerja syarikat beliau dengan cara yang luar biasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Berdasarkan perkongsian, beliau memaklumkan baru-baru ini beliau memilih untuk menutup kedua-dua kilang Sambal Nyet sekaligus selama sehari dalam memberi peluang buat para pekerja keluar bersama memilih baju raya pilihan.

Bukan itu sahaja, Khairul Aming sekali lagi membuat kejutan dengan menawarkan ‘duit raya’ atau bonus buat para pekerjanya.

Menariknya, jumlah duit raya yang banyak dan tebal menerusi perkongsian dalam video telah meraih perhatian sejumlah besar netizen yang menonton. Berikut merupakan respon netizen terhadap video yang dikongsikan Khairul Aming.

Rata-rata netizen memaklumkan berminat untuk bekerja dengan Khairul Aming berikutan kelebihan dan bonus yang ditawarkan majikan.

Malah, terdapat netizen yang turut membandingkan syarikat lain yang jauh lebih kaya atau untung namun masih lagi mengabaikan kebajikan para pekerja.

Apa yang ditunjukkan Khairul Aming ini sekaligus menjadi contoh buat para majikan atau para pekerja di luar sana untuk terus bekerja keras dalam meraih pencapaian yang luar biasa.