McDonald’s UK bakal menaikkan harga burger buat kali pertama dalam 14 tahun. Kenaikan harga ini berlaku kerana inflasi yang menggila di negara Ratu Elizabeth tersebut, lapor Lad Bible.
Difahamkan bahawa harga sebiji burger keju yang asalnya hanyalah £0.99 kini telah menjadi £1.19. Untuk rekod, McDonald’s tidak pernah menaikkan harga burger keju dalam tempoh 14 tahun.
Kenaikan ini juga bakal berjangkit dengan menu yang lain. Gergasi makanan segera itu berkata beberapa barangan akan meningkat antara £0.10 dan £0.20.
Setiap cawangan McDonald’s bebas untuk menetapkan harganya sendiri, kecuali pada menu bajet, di mana francais yang berbeza cenderung mengenakan amaun yang sama.
Ketua Eksekutif McDonald’s UK dan Ireland Alistair Macrow berkata jenama itu kini sedang melalui saat-saat yang sukar.
“Kita semua telah melihat harga barangan harian, seperti makanan dan tenaga, naik dengan cara yang tidak pernah dialami oleh orang ramai.”
“Sama seperti anda, syarikat kami, pemegang francais yang memiliki dan mengendalikan restoran kami, dan pembekal kami semua merasakan kesan kenaikan inflasi.”
Harga makanan dan petrol yang lebih tinggi telah mendorong inflasi ke paras tertinggi 40 tahun sebanyak 9.4% pada bulan Jun.
Macrow menambah bahawa sejak McDonald’s dibuka di UK pada 1974, syarikat itu terus komited untuk menawarkan makanan yang lazat pada harga yang berpatutan. Bagaimanapun, tekanan ekonomi semasa menyebabkan syarikat tiada pilihan lain selain menaikkan harga.
Kesan keluar dari Rusia buat McDonald’s rugi RM5 bilion dalam enam bulan pertama. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Kesan Keluar Dari Rusia Buat McDonald’s Rugi RM5 Bilion Dalam Enam Bulan Pertama
Burger King Tokyo Tinggalkan Mesej ‘Kejam’ Sempena Penutupan McDonalds