Ketua Umum (KETUM) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir, menyifatkan kemenangan dramatik Indonesia ke atas Bangladesh sebagai detik yang membuktikan Tuhan bersama mereka.

Ini selepas skuad Garuda mengesahkan tempat ke final FIFA ASEAN Cup 2026 dengan kemenangan besar ke atas Bangladesh semlam.

Indonesia membelasah Bangladesh 9-2 dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Jakarta, pada Khamis.

Bagaimanapun, kemenangan besar itu tidak cukup untuk menjamin kedudukan teratas kumpulan sehinggalah dua gol berjaya dihasilkan pada penghujung perlawanan yang sangat dramatik.

Ketika Indonesia berdepan Bangladesh, Malaysia turut mencatat kemenangan 6-0 ke atas Singapura di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.

Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan bersaing sengit untuk merebut kedudukan teratas Kumpulan A, sekali gus mendapatkan tiket ke final.

Selepas perlawanan, Erick mengeluarkan kenyataan ringkas yang menggambarkan kelegaan selepas Indonesia berjaya melepasi detik mencemaskan tersebut.

“Allah SWT bersama Indonesia. Tuhan bersama kita semua,” katanya.

Erick menambah: “Saya rasa media lebih memahami bagaimana perasaan bangsa Indonesia saat ini.”