Pada awal minggu ini, pempengaruh konten masakanan, Khairul Aming telah menerima kunjungan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

Pertemuan ini adalah kunjungan peribadi Perdana Menteri negara tersebut, di mana beliau mahu mengucapkan tanda penghargaan kepada Khairul Aming kerana mempromosikan New Zealand.

Baca Juga:

Walaupun video itu sudah lama dirakam, ramai warganet tertanya-tanya berapakah kos yang pempengaruh itu belanja untuk siri episod memasak tersebut.

Dalam satu sesi live baru-baru ini, Khairul Aming mendedahkan beliau telah berbelanja sebanyak RM80,000, petik Astro Awani.

Kos tersebut merupakan perbelanjaan tiga orang yang turut melibatkan penginapan, makanan, serta beberapa tempahan yang dibuat saat-saat akhir.

“Ketika di sana saya banyak menggunakan wang di bahagian penggambaran. Saya ambil rumah inap yang lawa, makanan yang mahal dan banyak benda yang kami buat tempahan last minute.

“Jumlah kami berbelanja untuk tiga orang adalah RM80,000. Tetapi kalau pergi sendiri dan untuk melancong tidaklah semahal itu,” terang beliau kepada penonton live.

Pada bulan Julai lalu, Khairul Aming perlihatkan episod pertama siri video masakan travelog terbaharunya yang dirakam di New Zealand.

Terdapat sembilan siri video keseluruhan dan boleh ditonton menerusi platform TikTok, X.com dan Instagram milik Khairul Aming.

Sumber