Pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un dikatakan akan memberikan sokongan penuh kepada Palestin di tengah-tengah perang dan pelanggaran hak asasi manusia oleh tentera Israel yang semakin membabi buta menyerang Semenanjung Gaza.

Ketua Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Korea Selatan Kim Kyou Hyun percaya Kim Jong Un telah mengarahkan kakitangannya untuk “menyalurkan pelbagai sokongan” untuk Palestin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, Kyo Hyun mengesyaki semua ini dilakukan oleh Korea Utara untuk mengaut keuntungan daripada konflik di Timur Tengah.

Dipetik oleh Korea Herald, kenyataan ketua perkhidmatan perisik Korea Selatan ini disampaikan dalam sesi audit tertutup oleh Perhimpunan Nasional Korea Selatan yang diadakan pada Rabu. Kenyataan beliau dipetik oleh ahli Dewan dan setiausaha eksekutif bagi jawatankuasa perisikan Dewan Negara, Yoo Sang-bum.

Menurut Yoo Sang-bum, Kim Kyou-hyun berkata Pyongyang mungkin terlibat dalam penyeludupan senjata dengan kumpulan Hamas.

Minggu lalu, Duta Israel ke Korea Selatan Akiva Tor berkata bahawa Tel Aviv mengetahui “senjata buatan Korea Utara digunakan oleh Hamas” dalam perang yang tercetus pada 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Duta Besar Korea Utara untuk PBB, Kim Song, menafikan dakwaan itu dan menggelarnya sebagai “khabar angin tidak berasas.”

Kim Song sebenarnya menuduh Amerika Syarikat cuba mengalihkan kesalahan bagi perang Israel-Hamas kepada “negara ketiga”, lapor Anadolu.

Sementara itu, selain isu Palestin, Kim Kyou-hyun juga menyatakan bahawa Korea Utara membekalkan peluru artileri dan senjata lain kepada Rusia untuk menyokong perang Kremlin vs Ukraine yang sedang berlangsung.

Jumlah senjata yang dihantar sejak Ogos dianggarkan cukup untuk bertahan di Moscow sekurang-kurangnya dua bulan.

Selain itu, Korea Utara juga dilaporkan telah mengendalikan kilang-kilang di seluruh negara dengan kapasiti penuh supaya dapat terus membekalkan senjata kepada Rusia.

Seiring dengan ini, Rusia juga dipercayai menyediakan teknologi yang boleh meningkatkan peluang Korea Utara untuk berjaya melancarkan satelit pengintip mereka. Satelit Pyongyang gagal dua kali apabila dilancarkan awal tahun ini.

Sumber