Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengakui Malaysia memerlukan keajaiban sekiranya mahu beraksi dalam temasya Piala Dunia 2026.
Beliau berkata demikian selepas Malaysia tewas di tangan Oman dengan keputusan 2-0 dalam aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam.
Baca Juga:
- Peminat Lancarkan Petisyen Gesa Hans Isaac Letak Jawatan
- Kim Pan Gon Tuntut Janji Kontraktor Beri Padang Yang Terbaik
- Isu Padang Berlarutan, Peminat Minta Hans Isaac Letak Jawatan
Pan-gon mengakui kekalahan itu sukar diterima oleh dirinya dan juga pemain namun percaya masih ada peluang untuk pasukan negara layak ke saingan kelayakan pusingan ketiga sekaligus cuba beraksi di Piala Dunia.
Keputusan Masa Penuh
Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 | Selasa, 26 Mac 2024
MALAYSIA 🇲🇾 0-2 🇴🇲 OMAN
⚽️ Omar Al-Malki 45'+5 (P) Mubarak Al-Ghafri 90'+4#FAM #HarimauMalaya #FIFAWorldCup #AsianCup2027 pic.twitter.com/i73P0OdYIn
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 26, 2024
“Kita masih ada dua perlawanan untuk dihadapi. Kita masih mempunyai peluang namun memerlukan keajaiban. Para pemain tidak akan menyerah kalah dan akan terus berjuang bermati-matian. Ini bukan penghujungnya.
“Kita perlu menuju terus ke hadapan. Dua tahun lalu kita berada di ranking ke-154, kini Malaysia berada di ranking ke-132,” katanya.
Kim Pan-gon turut mempertahankan para pemain selepas bertungkus-lumus beraksi untuk negara meskipun hasil tidak memihak kepada Malaysia.
Pada perlawanan semalam, hajat untuk melihat Malaysia bangkit daripada kekalahan minggu lalu tidak kesampaian selepas tewas 0-2 di tangan Oman.
Dengan kekalahan kedua berturut-turut yang dialami, skuad negara kini menghuni tangga ketiga dengan enam mata manakala Oman ditangga kedua hasil sembilan mata diperolehi.
Omar Al-Malki yang ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti tidak berdepan masalah untuk menamatkan aksi babak pertama dengan kelebihan 1-0 buat pasukan pelawat.
Oman berpeluang untuk menambah jaringan kedua tetapi percubaan leret Salaah Al-Yahyaei sekadar singgah di tiang gol dan Cools mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Beberapa pertukaran dilakukan Kim Pan-gon dalam usaha memburu jaringan penyamaan dengan memasukkan Endrick Dos Santos, Brendan Gan, Paulo Josue dan Akhyar Rashid masih gagal untuk membuahkan hasil.
Sebaliknya, Oman yang hadir sekali sekala dengan serangan balas pantas dilihat lebih memberikan ancaman ke kubu Malaysia dan berjaya menambah jaringan kedua pada minit ke-94 hasil gol Mohammad Al Ghafri.