Kontinjen Israel menerima cemuhan dari orang ramai yang hadir ketika upacara perasmian temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris pada awal pagi tadi.
Semua atlet dan pegawai yang terlibat bagi acara perasmian dibawa menaiki perahu dan berarak di salah satu lokasi tumpuan iaitu Sungai Seine sambil disaksikan oleh puluhan ribu penonton yang hadir ke majlis itu.
Baca Juga:
- Sukan Olimpik 2024: Zico Jadi Mangsa Rompakan Di Paris
- Netizen Anggap Pembukaan Sukan Olimpik 2024 Teruk Dan Membosankan
- Jadual Penuh Aksi Atlet Malaysia Di Sukan Olimpik Paris 2024
Ketika giliran kontinjen Israel, atlet dari negara itu terus mendapat cemuhan dari orang ramai yang hadir dan ada juga yang melaungkan slogan bebaskan Palestine ketika mereka berarak.
Apa yang menjadi perhatian, salah satu televisyen dalam negara iaitu RTM membuat liputan secara langsung upacara berkenaan dan setibanya atlet dari negara zionis itu, pihak produksi kemudiannya melakukan zoom out sekaligus tidak menunjukkan kelibat atlet tersebut di kaca tv.
Berbeza dengan kontinjen Palestine, orang ramai bersorak ketika giliran mereka berarak sekaligus memberikan sokongan penuh kepada atlet dari negara itu yang menderita kerana kekejaman rejim zionis.
Tinjauan di laman media sosial menunjukkan ramai yang memuji kontinjen Palestine dimana mereka masih mampu untuk bertanding ketika rakyat negara itu dianiaya oleh Israel.
Selepas upacara perasmian tamat, ada kejadian tidak diingini berlaku dimana legenda Brazil, Zico telah menjadi mangsa rompakan di Paris yang menyaksikan beliau telah kehilangan barangan yang dilaporkan bernilai £420,000.
Menurut laporan Goal.com, legenda bola sepak dunia berusia 71 tahun itu berada dalam teksi dan telah didekati oleh seseorang bagi mengalihkan perhatiannya.
Sementara itu, datang seorang lagi rakannya melakukan kerja terkutuk tersebut lalu mencuri barangan milik Zico.
Difahamkan pada ketika itu, Zico membawa sebuah beg pakaian yang mengandungi jam tangan Rolex, rantai berlian dan wang tunai bernilai $2,200 serta $2,000 yang telah dicuri daripadanya.
Legenda itu dilaporkan telah membuat aduan kepada Pejabat Pendakwa Raya Paris dan siasatan untuk mencari pelaku perkara tersebut telah dibuka.
Zico berada di kota Paris selepas dijemput untuk menjadi sebahagian daripada delegasi Brazil bagi menghadapi Sukan Olimpik 2024.