Sebut mengenai lagu Pergilah Sayang, pasti ramai yang mengetahui mengenai lagu evergreen ini. Malah, lagu ini turut menjadi pilihan ramai sehingga kini untuk dinyanyikan semula sama ada menerusi program realiti mahupun di karaoke.

Dikeluarkan pada tahun 1996, siapa sangka lagu ini menampilkan dua beradik iaitu Ella dan adiknya, Korie. Malah, nama Korie turut menjadi sebutan ramai pada ketika itu sehinggalah beliau memilih untuk menyepi dalam dunia industri.

Sumber: YouTube SINAR

Menerusi temu bual bersama SINAR, Korie mendedahkan meskipun beliau tidak lagi kerap menyanyi, beliau masih lagi aktif dalam dunia seni iaitu sebagai juri program nyanyian dan juga karaoke.

Dalam pada itu, beliau turut diuji dengan masalah buah pinggang tahap tiga di mana beliau memilih tidak meneruskan rawatan moden serta berserah segalanya kepada Allah.

Berbincang mengenai perancangan terbaru Korie, beliau memaklumkan sedia menyiapkan empat atau liga buah lagu terbaru yang kini dalam proses rakaman dan bakal dikeluarkan menjelang tahun hadapan.

Untuk pengetahuan, Korie merupakan komposer dan juga penulis lirik Pergilah Sayang di mana beliau mengakui hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk menghasilkannya.

Lagu Pergilah Sayang telah dirakamkan secara solo oleh Korie dan juga versi duet yang menggabungkan suara beliau bersama kakaknya, Ella.

Sumber