Kerajaan Negeri Sembilan mungkin tidak dapat meneruskan projek penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di padang Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi.
Menurut laporan Berita Harian, kos selenggara yang dianggarkan mencecah sehingga RM300,000 setahun merupakan antara faktor yang menjadi kekangan kerajaan Negeri Sembilan.
Baca Juga:
- PSM Akui Tak Cukup Masa Baiki Padang SNBJ Selepas Konsert Coldplay
- Teknologi ProPitch Bantu JDT Jaga Kualiti Padang SSI
- Tiada Kos Tambahan Untuk Rawat, Baiki Padang SNBJ Rosak Selepas Konsert Coldplay
Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Mustapha Nagoor yang menjelaskan mereka sukar untuk mencari wang bagi menampung kos tersebut.
“Walaupun KBS memberikan geran bagi menukar rumput jenis Zeon Zoysia, tapi kos senggaraan yang tinggi mencecah sehingga RM30,000 sebulan menyukarkan kita.
“Tambahan pula, kita (kerajaan negeri) tiada mempunyai hasil yang boleh digunakan bagi menampung keperluan itu, jadi kita nak ambil duit dari mana?
“Adalah lebih baik duit yang ada itu digunakan untuk pembangunan bola sepak negeri. Jadi keputusan kita ialah kekal menggunakan rumput yang sedia ada (di STAR),” katanya.
Kos senggaraan RM300,000 setahun punca NS tolak guna rumput Zeon Zoysia#BHsukan Adalah lebih baik duit yang ada itu digunakan untuk pembangunan bola sepak negerihttps://t.co/C7dYKvCF1c pic.twitter.com/G94PVuzg9Q
— Berita Harian (@bharianmy) December 1, 2023
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua Exco Belia dan Sukan negeri bagi menaik taraf padang stadium bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata setakat ini hanya negeri Sarawak sahaja yang telah menyatakan persetujuan untuk menanamkan rumput itu di stadium mereka.
“Sehingga kini, hanya negeri Sarawak sahaja yang telah menyatakan persetujuan untuk menggunakan rumput Zeon Zoysia ini. Negeri negeri yang tidak bersetuju adalah Terengganu, Wilayah Persekutuan dan Pahang yang mahu mengekalkan penggunaan rumput sedia ada,” jelasnya.
Tiada lecak, tiada takungan air. Top drainage!
Soalan saya kepada MFL & FAM memandangkan Liga akan berjalan ketika musim hujan/Monsoon bermula musim hadapan. Adakah kami akan bermain atas sawah padi di stadium-stadium lain?
Inilah sebab pentingnya mempunyai padang permainan dan… pic.twitter.com/gxG6jZLuJy
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 12, 2023
Menurut Hannah, negeri lain bukan tidak berminat tetapi memerlukan masa untuk mengkaji tentang kos penyelenggaraan secara keseluruhan.
“Saya bagi contoh mungkin satu negeri A, mereka hanya perlu naik taraf sistem saliran. Untuk B, mungkin mereka hanya perlu naik taraf soil (tanah) dekat situ.
“Oleh sebab itu, tawaran yang kita berikan adalah untuk kos rumput sahaja dan mereka tidak kata mereka tidak berminat. Kebanyakan negeri kata mereka hendak tunggu dahulu untuk kaji dari segi kos penyelenggaraan setiap bulan, sama ada kerajaan negeri itu mampu atau tidak untuk teruskan projek tersebut,” jelas Hannah Yeoh.