FIFA akhirnya memotong harga tiket menjadi $13.40 atau sekitar RM57 sahaja untuk aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab 2025 melibatkan Chelsea vs Fluminese.
Harga itu jauh rendah daripada harga asal yang dijual sekitar $473.90 (RM2,007) menurut AP News – untuk aksi di Stadium MetLife – antara Real Madrid dan Borussia Dortmund
Di mana perlawanan kedua dua pasukan tersebut telah menarik kira kira 76,611 penyokong ke stadium. Real Madrid menjadi kelab paling laku di Piala Dunia Kelab 2025 dari segi kutipan tiket.

Di purata tiket terjual untuk aksi melibatkan Real Madrid adalah sekurang kurangnya 60,000.
Tiket Chelsea vs Fluminese pada harga mampu milik
Berbeza pula dengan tiket Chelsea lawan Fluminese . Di mana penjualan tiket Chelsea vs Fluminese berdepan dengan masalah penjualan tiket untuk memenuhkan stadium.
Menurut laporan yang sama, FIFA mengamalkan sistem penetapan harga tiket secara dinamik. Di mana harga akan berubah ubah mengikut keadaan.
Dan sistem akan segera memberikan diskaun khas berdasarkan sambutan penyokong yang membeli atas talian.
Untuk memastikan kapasiti stadium dipenuhi penyokong, FIFA telah menjual tiket Chelsea vs Fluminese dengan harga rahmah $13.40. Harga yang sangat mampu milik pada pandangan kami.
Aksi Fluminese vs Al Hilal paling murah
Sebelum ini sistem turut memberikan diskaun luar biasa untuk aksi antara Fluminese dan Al Hilal. Tiket dijual pada harga diskaun akhir $11.15 sahaja.
Dan ianya menjadi tiket paling murah dijual untuk aksi Piala Dunia Kelab 2025 kali ini.
Aksi Real Madrid vsĀ PSG – tiket masih mahal
Sementara itu, untuk satu lagi aksi separuh akhir antara Real Madrid dan PSG, tiket masih mahal. Dan ianya masih dijual dengan harga bermula $199.60.
Aksi tersebut pastinya menarik perhatian kerana Kylian Mbappe akan berdepan dengan kelab lamanya.