Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terasa sehingga ke hari ini, boleh lihat sejumlah rumah terbuka dan paling penting sekali orang ramai mengenakan pakaian baju melayu dan kurung tradisional walau di mana jua.

Sepertimana yang dirakam oleh seorang pengguna TikTok yang memperlihatkan sejumlah fesyen yang dipakai pengunjung yang berjalan di sekitar Elmina Central Park baru-baru ini.

Di dalam video itu, kelihatan para jejaka segak bergaya lengkap mengenakan baju raya bersama sampin, tidak kalah juga kaum hawa yang mengenakan baju kurung tradisional yang tampil dengan pelbagai motif corak yang menarik menerusinya.

Malah, ahli keluarga yang pakai sedondon juga tampak lebih kemas dan akrab hubungannya apabila berada di tempat awam.

Ditambah pula dekorasi raya di sekeliling kawasan  tersebut sekaligus menaikkan mood raya yang lebih ceria pada ketika itu.

Pengguna TikTok langsung meluahkan rasa betapa gembiranya melihat orang ramai seakan-akan di dalam satu frekuensi atau arus yang sama mengenakan pakaian tradisional sekaligus memperlihatkan kekayaan warisan kita di tempat umum.

“Lain macam vibes dia!,” luahnya di kapsyen.

Pemandangan ini secara tidak langsung mengingatkan dia kepada Kuching, Sarawak yang mana cukup menghargai warisan tempatan dan sedia memakai baju raya sepanjang perayaan iaitu selama sebulan.

@xaaxuw

Bila ramai pakai baju Melayu full/ hampir full ke mall. Lain macam vibes dia! Especially yang last sekali, menyala!! #fyp #raya #serumpun #elminalakesidemall #elmina ps: dah macam di Kuching!

♬ Serumpun – Mimifly

Menjengah ke ruangan komentar, selain perasaan bangga, netizen turut berharap agar orang ramai akan menormalisasikan pemakaian busana tradisional sepanjang bulan ini dan lebih baik jika diteruskan pada bulan-bulan lain lain juga atau untuk majlis keramaian rasmi lain.

raya
Sumber Gambar: TikTok
raya
Sumber Gambar: TikTok

Dengan berbuat sedemikian, kita dapat memartabatkan warisan budaya ini sehingga ke anak cucu di samping dapat mempromosikan pakaian tradisional kepada pelancong luar apabila mereka menerokai Malaysia.