Sering kali apabila menyebut mengenai jalan raya, suda pastinya kenderaan yang cenderung untuk terlibat dengan kemalangan terdiri daripada motosikal, kereta mahupun lori.

Dalam pada itu, sebuah kejadian yang tidak disangka telah berlaku di Elmina, Shah Alam di mana sebuah kapal terbang dilaporkan telah terhempas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian seorang pengguna X @qamahl, beliau memaklumkan insiden tersebut melibatkan kapal terbang dan juga motosikal.

Perkongsian ringkas yang dibuat telah mendapat perhatian para netizen di mana terdapat netizen yang memaklumkan insiden tersebut telah mendapat perhatian Bomba Selangor.

Sementara itu, terdapat netizen yang turut tampil berkongsi sebuah video yang mendakwa kapal terbang tersebut telah melanggar penunggang motosikal.

Pesawat yang didakwa terlibat dalam kemalangan di Elmina

Setakat artikel ditulis, difahamkan sebanyak tiga individu dilaporkan maut. Didoakan semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan serta dipermudah urusan menerusi insiden yang berlaku.

Sumber