Mesti ada daripada anda yang sudah teringin masakan di kedai tomyam, bukan? Akan tetapi, anda malas mahu berbuka di kedai makan kerana tidak mahu rushing.
Jika anda tercari-cari resipi sotong goreng tepung seperti di kedai tomyam, ikuti resipi ini yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @ashdanwife yang pastinya tidak letup dan sedap.
Baca Juga:
- Resipi Ikan Siakap Stim Ala Thai Yang Menyelerakan Dan Mudah Ini Raih 8.5K ‘Shares’
- Lebih 3.6K ‘Shares’, Ini Resipi Phad Kra Phao Yang Sedap Untuk Dicuba Penggemar Makanan Thailand
- Tidak Perlu Ke Korea, Ini Resipi Bibimbap Yang Sedap Dan Sihat Sesuai Untuk Anda Yang Berdiet
Bahan-bahan yang diperlukan:
Sotong, telur dan tepung jenama Bestari atau Bon Chef.
@ashdanwife Replying to @πΈππͺπ πα‘£π© Sangat senang hanya gaul sotong dengan telur & tepung Bon Chef yang viral tu π₯π₯ Yang penting pastikan minyak banyak dan betul panas masa goreng βπ» #KongsiBersama #Ramadan
Cara untuk masak sotong goreng tepung:
1. Bersihkan sotong dan keringkan ia.
2. Kemudian, gaulkan bersama telur.
3. Selepas itu, gaulkan bersama tepung Bestari atau Bon Chef.
4. Panaskan minyak sehingga panas dan gorengkan ia sehingga kuning keemasan. Siap!
Perkongsian resipi tersebut telah meraih lebih 4 juta tontonan, lebih 200 ribu tanda suka dan lebih 100 ribu orang menyimpan resipi terbabit. Makan sotong goreng tepung bersama ikan siakap stim pun sedap. Selamat mencuba!