Tonggak Chelsea, Cole Palmer mencipta sejarah baharu dalam saingan English Premier League (EPL) apabila menjadi pemain pertama yang berjaya menjaringkan empat gol pada separuh masa pertama perlawanan.

Sejarah tersebut dilakarkan pemain berusia 22 tahun itu ketika berhadapan dengan Brighton yang menyaksikan Chelsea mencatatkan kemenangan 4-2 di Stamford Bridge.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Kemenangan yang sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama buat Brighton dimana The Seagulls sebelum ini meraih dua kemenangan dan tiga keputusan seri pada lima aksi terdahulu.

Selepas kecewa kerana percubaan terkena tiang pada minit ke-18 dan jaringan dibatalkan kerana ofsaid pada minit ke-20, Palmer menebus kekecewaan itu hanya seminit kemudian dengan mudah menolak masuk bola hasil hantaran Nicolas Jackson.

Chelsea mendapat sepakan penalti berikutan kekasaran pemain pertahanan Brighton terhadap Jadon Sancho, kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Palmer untuk menyempurnakan sepakan pada minit ke-28.

Tiga minit kemudian, beliau melengkapkan hatrik dengan penuh bergaya hasil sepakan percuma yang menewaskan penjaga gol, Bart Verbruggen.

Perancang kreatif yang mempunyai kualiti penyudah terbaik itu mengikuti jejak langkah legenda kelab seperti Didier Drogba, Frank Lampard dan Jimmy Floyd Hasselbaink dalam meledakkan hatrik terbanyak saingan liga buat Chelsea iaitu sebanyak tiga kali.

Tetapi lebih menarik buat Palmer, beliau melakukan perkara hebat itu hanya selepas membuat 39 penampilan bersama pasukan.

Tidak cukup dengan tiga gol itu, Cole Palmer menambah jaringan keempat peribadinya pada perlawanan ini selepas percubaannya dalam kawasan penalti setelah menerima lorongan cantik Sancho tidak mampu diselamatkan Verbruggen.