Video Bantuan Pengadil (VAR) menjadi tumpuan sekali lagi dalam saingan Liga Super musim ini apabila dikatakan menjadi punca Sri Pahang mencatat keputusan seri 2-2 ke atas Kuching City semalam.
Penyokong tok gajah turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pengadil membatalkan jaringan penyamaan Tok Gajah oleh Stefano Brundo pada minit ke 66.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Gol itu dibatalkan kerana pemain sayap Sri Pahang, Baqiuddin Shamsudin didakwa berada dalam kedudukan ‘offside’ namun pengadil garisan tidak mengangkat bendera untuk mengesahkan kesalahan itu.

Rata-rata peminat bola sepak tempatan berpendapat kedudukan sudut kamera begitu teruk sehingga tidak mampu menangkap kedudukan sebenar pemain untuk penelitian pengadil menerusi rakaman VAR.
Seorang pengguna facebook menyifatkan kedudukan sudut kamera memainkan peranan yang penting untuk membantu pengadil membuat keputusan dengan tepat dalam setiap perlawanan.
Jika gol itu disahkan oleh pengadil, ia sudah tentu mengubah keputusan perlawanan dengan kemenangan berpihak kepada Sri Pahang menerusi jaringan 3-2.
Manuel Hidalgo menambah satu lagi gol pada minit ke-76, namun VAR sekali lagi ‘masuk campur’ dan Tok Gajah menarik nafas lega apabila jaringan itu disahkan.
Sebelum itu, Kuching City mendahului 2-0 sehingga berakhir separuh masa pertama hasil jaringan Kipre Tchetche dan Jordan Mintah.
Tiada tambahan jaringan dapat dilakukan meskipun masa tambahan 12 minit diberikan, sekali gus memaksa kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.