Bekas pengadil FIFA, Subkhiddin Salleh menegaskan tidak semua perlawanan saingan Liga Malaysia musim ini perlu menggunakan teknologi Video Assistance Referee (VAR).

Menurut beliau, sekiranya pengadil bertugas ketika perlawanan mempunyai kualiti serta kemampuan untuk mengendalikan perlawanan dengan baik, maka teknologi tersebut tidak perlu digunakan.

Baca Juga:

“Jadi, bukanlah bermaksud bila kita gunakan VAR dalam Liga M, maka setiap pelawanan mesti ada VAR.

“VAR cuma interpretation bila mana pengadil tersebut membuat keputusan yang memang benar-benar ada kesalahan yang jelas.

VAR
Sumber Gambar: MFL

“Jadi kalau tidak ada salah, tidak adalah, teruskan saja perlawanan, jangan pula kita sebagai peminat bila tak ada interpretation kita akan salahkan VAR. Sedangkan, keputusan tersebut pula bukanlah satu keputusan yang benar-benar mempunyai kesalahan. Sebab tu kita perlu ada pengetahuan,” kata Subkhiddin Salleh dipetik dari laporan Majoriti.

Teknologi VAR diuji buat pertama kali dan disiarkan secara langsung ketika perlawanan Piala Menteri Wilayaj antara Kuala
Lumpur City menentang Negeri Sembilan minggu lalu.

Pengadil utama yang bertugas iatu Zamzaidi Katimin memeriksa VAR sebanyak enam kali dimana tiga kali untuk situasi sepakan penalti, satu untuk situasi ofsaid dan dua untuk insiden kad merah.

Zamzaidi memberikan satu sepakan penalti kepada KL City yang disempurnakan Paulo Josue dan melayangkan satu kad merah kepada Brendan Gan dalam perlawanan semalam akan tetapi empat dari enam semakan yang dibuat tidak disiarkan semula di dalam siaran langsung di televisyen seperti yang berlaku di liga luar negara yang menggunakan VAR.

Enam semakan di atas menyaksikan separuh masa pertama menerima 13 minit masa tambahan manakala separuh masa kedua menerima 10 minit masa tambahan.

Masih ada masa untuk teknologi VAR ditambah baik khususnya mengenai ulangan semula ketika siaran langsung sekiranya ada situasi yang memerlukan VAR bagi memastikan tiada masalah yang dihadapi apabila saingan liga bermula pada Mei ini.