Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir ketika perlawanan Piala Menteri Wilayah antara Kuala Lumpur City menentang Negeri Sembilan bagi memantau sendiri teknologi Video Assistance Referee (VAR) yang bakal digunakan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Menurut perkongsian pengguna X iaitu Shafiz Isa, Hannah Yeoh dilihat berada di dalam bilik yang mengendalikan VAR bagi melihat sendiri bagaimana pengadil yang bertugas menggunakan teknologi tersebut ketika perlawanan sedang berlangsung.
Baca Juga:
- Pelaksanaan VAR Bagi Liga Super 2024/25 Kini Dalam Fasa Akhir
- Hannah Yeoh: Surat Layang Satu Perkara Biasa
- MFL: VAR Akan Digunakan Dalam Semua Aksi Liga Super
YB @hannahyeoh tengah buat checking VAR. 😄 pic.twitter.com/Ze9DxifkzR
— Epit (@shafizisa) April 22, 2024
Perlawanan semalam menjadi aksi pertama dimana teknologi VAR digunakan buat pertama kali dan disiarkan secara langsung bagi memberikan gambaran untuk peminat menjelang saingan musim 2024/25 yang akan bermula tidak lama lagi.
Pengadil utama yang bertugas iatu Zamzaidi Katimin memeriksa VAR sebanyak enam kali dimana tiga kali untuk situasi sepakan penalti, satu untuk situasi ofsaid dan dua untuk insiden kad merah.
Zamzaidi memberikan satu sepakan penalti kepada KL City yang disempurnakan Josue dan melayangkan satu kad merah kepada Brendan Gan dalam perlawanan semalam akan tetapi empat dari enam semakan yang dibuat tidak disiarkan semula di dalam siaran langsung di televisyen seperti yang berlaku di liga luar negara yang menggunakan VAR.
Enam semakan di atas menyaksikan separuh masa pertama menerima 13 minit masa tambahan manakala separuh masa kedua menerima 10 minit masa tambahan.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium KLFA semalam, KL City berjaya memenangi trofi Piala Menteri Wilayah dengan menewaskan Negeri Sembilan melalui jaringan dari Zhafri Yahya dan juga Paulo Josue.
Masih ada masa untuk teknologi VAR ditambah baik khususnya mengenai ulangan semula ketika siaran langsung sekiranya ada situasi yang memerlukan VAR bagi memastikan tiada masalah yang dihadapi apabila saingan liga bermula pada Mei ini.