Liverpool berjaya mengalahkan Bournemouth pada aksi pembukaan EPL musim 2025/26.

Liverpool dalam misi lebih berat musim ini kerana mereka perlu mempertahankan kejuaraan.

Hugo Ekitike menjaringkan gol EPL sulungnya bersama Liverpool pada penampilan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris. Dia mencetak masuk bola minit ke-37.

Pada awal separuh masa kedua, Cody Gakpo menjadikan kedudukan 2-0. Dia menerima assist daripada Ekitike. Yang menjadikan Ekitike mengulangi rekod Darwin Nunez untuk menjaringkan gol dan mencipta assist pada perlawanan debut.

Namun kerapuhan pertahanan Liverpool membolehkan Bournemouth mengikat kedudukan menjadi 2-2 menerusi dua gol oleh Antoine Semenyo – minit ke-64 dan ke-78.

Ketika peminat Liverpool mulai resah keciciran mata, pemain gantian Federico Chiesa meletakkan tuan rumah kembali di hadapan minit ke-88.

Dan pakar hari pembukaan EPL, Mo Salah membunuh sisa perjuangan Bournemouth dengan gol minit ke-90+4.

Casemiro Pilih Salah Paling Layak Menang Ballon D’Or

Menjadikan dia pemain pertama menjaringkan 10 gol hari pembukaan EPL.