Harry Maguire telah memberikan sokongan kepada Marcus Rashford untuk kembali ke Manchester United pada musim panas ini.
Di sebalik sokongan penuh diberikan, pemain pertahanan tengah itu menegaskan bahawa dua syarat khusus perlu dipenuhi rakan sepasukannya itu terlebih dahulu.
Pemain itu kini sedang mewakili England di Piala Dunia 2026 selepas melalui tempoh pinjaman yang produktif bersama Barcelona.
Kelab gergasi Sepanyol itu bagaimanapun baru-baru ini memilih untuk tidak mengaktifkan klausa pilihan untuk menandatangani Rashford secara kekal.
Rashford menghabiskan musim 2025/26 secara pinjaman bersama Barcelona di mana beliau menyumbang 14 gol dan 14 bantuan jaringan dalam semua pertandingan ketika kelab itu menjuarai La Liga.
Namun, Barcelona memilih untuk tidak mengaktifkan klausa pembelian bernilai £26 juta untuk menandatanganinya secara kekal selepas mendapatkan Anthony Gordon dengan harga £70 juta.
Maguire Mahu Rashford Kembali
Dengan masa depannya di kelab masih tidak menentu, Maguire secara terbuka menyatakan hasrat untuk melihat Rashford kembali ke Manchester United.
“Ya, sudah tentu, saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Marcus dan kami pernah melalui banyak detik hebat bersama selama ini,” ujar Maguire menurut sumber laporan Goal.
“Saya tahu betapa hebatnya pemain dia boleh jadi. Saya yakin ia terpulang kepada kelab dan Marcus untuk mencari persetujuan bersama.”
“Sudah tentu, jika Marcus kembali, kami mahu dia kembali untuk bermain serta dengan syarat dia berada dalam keadaan gembira dan yakin. Ia [situasi] perlu sesuai untuk dirinya, perlu sesuai untuk kelab tetapi semua orang tahu betapa hebatnya Marcus sebagai pemain untuk mana-mana kelab yang dia wakili pada musim depan.”