Ketika ini, cuaca panas di Malaysia membuatkan ramai orang tidak tahan dan mahu memasang penyaman udara di rumah. Akan tetapi, ada daripada anda yang masih mempertimbangkan jenis penyaman udara untuk dipasang kerana takut bil eletrik melambung.

Terbaharu, pengguna TikTok ini kongsikan perbezaan jenis penyaman udara yang ada dan pasti dapat membantu anda membuat pilihan mahu pasang yang mana.

Baca Juga:

@bro.sham.cuckoo

#KongsiTips Mana lebih jimat? #aircond #cuacapanas #panas #kongsi #inverter #noninverter #kongsibersama #dapurcuckoo #bsmbroshamgroup

♬ original sound – Bro Sham CUCKOO – Bro Sham CUCKOO

Menerusi perkongsian tersebut, terdapat dua pilihan penyaman udara yang dijual dalam pasaran iaitu jenis inverter dan juga non-inverter.

Perbezaan penyaman udara inverter adalah lebih mahal berbanding non-inverter tetapi penghawa dingin jenis inverter menawarkan penjimatan tenaga elektrik yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, penjimatan penggunaan tenaga elektrik tidak bergantung sepenuhnya kepada jenis penyaman udara yang dipasang tetapi turut dipengaruhi dengan saiz ruang dan jumlah kuasa kuda penyaman udara turut perlu diambil kira.

jika ruang rumah kecil seperti ruang dan untuk penggunaan singkat seperti satu ke dua jam, penyaman udara jenis non-inverter adalah lebih sesuai.

Manakala penyaman udara inverter pula lebih sesuai untuk ruang seperti bilik tidur utama yang dihuni untuk tempoh yang lebih lama.

Perkongsian tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas perkongsian terbabit. Ada juga netizen menyokong pendedahan pengguna TikTok terbabit.