Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menafikan penahanan dua selebriti yang didakwa berkhalwat adalah gimik untuk meraih publisiti, lapor Berita Harian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata ia dibuat selepas pihak penguat kuasa agama menerima aduan daripada pihak ketiga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau berkata, JAWI sama sekali tidak akan terbabit dalam sebarang usaha penguatkuasaan semata-mata untuk tujuan sedemikian, termasuk bagi melaris dan mempromosikan drama dilakonkan dua selebriti itu.

“Maksiat tetap maksiat, tak boleh dipromosikan. Tak timbul langsung pihak JAWI jadikan ini (tangkapan selebriti) itu sebagai gimik.

“Sebaliknya, JAWI laksana tindakan secara bebas dan adil. Khalwat adalah satu daripada kesalahan di bawah Kanun Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan,” jelas beliau.

Terdahulu, Aliff Aziz dan Ruhainies telah ditahan dalam satu serbuan pada malam Sabtu lepas.

Kedua-dua menafikan mereka ‘ditangkap basah’ dan menafikan bahawa mereka tidak membuka pintu selama 3 jam, sebaliknya hanya 30 minit sahaja.

Mereka turut bersedia memberikan kenyataan secara terperinci mengenai apa yang benar-benar berlaku pada ketika itu.

Sumber