Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah bakal membawa cabaran Malaysia di pentas final Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2026 yang berlangsung di SJF Bank Arena, Odense petang ini.

Aaron dan Wooi Yik akan berhadapan dengan jaguh Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri manakala Pearly-Thinaah pula bakal bertemu Hinata Suzuki-Nao Yamakita dari Jepun.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik masih belum pernah mengecapi sebarang kejuaraan pada kempen 2026 selepas mereka sebelum ini tewas pada aksi final kejohanan berstatus Super 1000 iaitu Terbuka Malaysia dan All England.

Manakala Pearly-Thinaah pula mencari kejuaraan kedua selepas mereka muncul juara Indonesia Masters 2026.

Pearly
Kredit Foto: Dimitar DILKOFF / AFP

Para peminat badminton tanah air boleh menyaksikan siaran langsung separuh akhir Terbuka Denmark  2026 yang bermula 3.00 petang ini menerusi saluran yang disediakan di bawah.

1) Astro Badminton 815

2) Youtube BWF

Yang pertamanya anda perlu melanggan pakej Astro atau Sooka untuk menonton aksi-aksi menarik wakil Malaysia itu.

Manakala bagi yang tidak melanggan pakej Astro, anda boleh ke laman Youtube BWF, tetapi perlu menggunakan VPN untuk membolehkan anda menontok aksi di medium berkenaan.

Jadual Perlawanan Wakil Malaysia Di Final Terbuka Denmark 2026

1) Pearly Tan-M. Thinaah lawan Hinata Suzuki-Nao Yamakita (Jepun) – 6.50 Petang

2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik lawan Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri (Indonesia) – 8.30 Malam