Manchester United dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah berbakat besar Crystal Palace, Adam Wharton.
Wharton dikatakan menjadi pilihan United dalam usaha Ruben Amorim untuk menggantikan pemain berpengalaman, Casemiro dan Kobbie Maino yang kurang mendapat minit perlawanan.
Baca Juga:
- Krisis Jentera Tengah Real Madrid Kian Memuncak, Xabi Alonso Buru Bintang Crystal Palace

- Garnacho: Tiada Dendam, Waktu Di Man Utd Hanya Detik Sukar Dalam Karier Saya

- Arteta Dedah Punca Gyokeres Gagal Menyinar Ketika Bertemu Man Utd

Namun, Crystal Palace menerusi pemilik bersamanya, Steve Parrish memberikan isyarat jelas bahawa Manchester United bukanlah destinasi sesuai buat Wharton.
Nama Adam Wharton Kian Hangat
Nama pemain berusia 21 tahun itu memang sedang hangat pada ketika ini apabila turut berada dalam radar pengurus Real Madrid, Xabi Alonso.
“Saya rasa pada satu saat, Adam akan mahu bermain di Liga Juara-Juara Eropah (UCL), sama ada bersama kami jika kami berjaya mencapainya atau mungkin dengan kelab lain.”
“Dia memiliki bakat yang luar biasa. Buat masa sekarang dan saya tidak boleh bercakap bagi pihak Adam, saya rasa dia fokus sepenuhnya pada masanya bersama Crystal Palace,” ujar Parrish menurut sumber laporan Goal.
“Musim ini, dia benar-benar memberi tumpuan untuk bermain secara konsisten, menempatkan diri dalam skuad England, menjadi pemain tetap untuk kami dan membuktikan kemampuannya setiap minggu.”
“Jadual kami sekarang sangat padat, Sabtu, Ahad, Khamis, Ahad tetapi saya fikir dia amat komited terhadap kelab. Saya tidak tahu dari mana datangnya semua spekulasi ini.”
“Kalau Manchester United berminat dengan Adam Wharton, itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Hakikatnya, dia masih mempunyai kontrak jangka panjang bersama kami.”
“Tiada tekanan untuk kami menjualnya, dan saya juga rasa tiada tekanan sebenar daripada pihak pemain,” tambah beliau lagi.