Pasangan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Hylo 2025.
Selepas kekalahan dua pasangan beregu wanita negara iaitu Ong Xin Yee-Carmen Ting dan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing pada aksi awal, Wei Chong-Kai Wun jelas enggan mengikuti jejak langkah rakan mereka.
Baca Juga:
- Man Wei Chong-Tee Kai Wun Muncul Juara Malaysia Masters 2025

- Indonesia Masters 2025: Man Wei Chong-Tee Kai Wun Muncul Juara

- Terbuka Indonesia 2024: Man Wei Chong-Tee Kai Wun Kejutkan Juara Dunia

Man Wei Chong-Tee Kai Wun Terus Cemerlang
Sebaliknya, pasangan ranking kelima dunia itu menyerap tekanan dengan baik untuk menewaskan Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri dari Indonesia yang juga antara gandingan elit dunia ketika ini.
Pertembungan pertama melibatkan kedua-dua pasangan itu menyaksikan Wei Chong dan Kai Wun berjaya meraih kemenangan ‘straight set’ 26-24, 21-19.
Sementara itu, hasrat Aaron-Wooi Yik untuk turut melangkah ke separuh akhir tidak kesampaian apabila tunduk di tangan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia.
Menang set pertama 21-11 masih belum cukup untuk memberikan keyakinan buat pilihan pertama kejohanan itu apabila mereka tewas pada set kedua 14-21.
Set ketiga menyaksikan Aaron dan Wooi Yik tidak mampu mempertahankan kelebihan dimiliki untuk terpaksa akur tewas 17-21.
Dengan keputusan tersebut, Wei Chong-Kai Wun akan membuat perhitungan dengan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani di separuh akhir, malam esok.