Empat daripada tujuh wakil Malaysia beraksi cemerlang untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hylo 2025.
Aksi suku akhir kejohanan yang berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bakal berlangsung bermula jam 7.00 malam ini.
Baca Juga:
- Terbuka Hylo 2025: Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain

- Senarai Pemain Badminton Malaysia Sertai Terbuka Hylo 2025

- Separuh Musim 2025: Prestasi Kem Badminton Negara Di Pentas Dunia

Dua wakil negara dalam beregu wanita berjaya meneruskan kemaraan walaupun gandingan utama, Pearly Tan-M. Thinaah tidak turun beraksi dalam kejohanan ini.
Go Pei Kee-Teoh Mei Xing bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menundukkan wakil Chinese Taipei, Teng Chu Sun-Yang Chu Sun 9-21, 23-21, 24-22.
Ong Xin Yee-Carmen Ting turut mengikut jejak langkah senior mereka hasil kemenangan ke atas Nicol Carulla-Carmen Maria Jimenez dari Sepanyol 25-23, 21-14.
Dua lagi slot skuad negara ke suku akhir Terbuka Hylo 2025 diisi oleh pasangan beregu lelaki utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.
Aaron-Wooi Yik menewaskan pasangan Republik Czech, Jiří Král-Ondřej Král 21-14 21-19 manakala Wei Chong-Kai Wun pula mengenepikan cabaran hebat ditampilkan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana 21-9, 17-21, 22-20.
Jadual Suku Akhir Terbuka Hylo 2025
1) Ong Xin Yee-Carmen Ting lawan Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun (Chinese Taipei) – 7.10 Malam – Gelanggang 2
2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing lawan Bengisu Ercetin-Nazlican Inci (Turkiye) – 8.00 Malam – Gelanggang 2
3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun lawan Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri (Indonesia) – 9.30 Malam – Gelanggang 3
4) Aaron Chia-Soh Wooi Yik lawan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Isfahani (Indonesia) – 9.30 Malam – Gelanggang 1